Wednesday, May 12, 2010

Mungkin Ada Hikmah..Insya Allah

Kawan aku pernah berkata.."sessungguhnya Allah itu maha penyayang, maka musibah yang melanda merupakan salah satu petunjuk dariNya bahawa diri kita ini masih lagi disayangi..ujian yang ditimpa sebenarnya untuk menyedarkan kita akan kesilapan dan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dulu..janganlah sampai satu tahap dimana Allah tidak lagi mempedulikan kita, membiarkan kita melakukan dosa sewenang-wenangnya..kerana jika ini yang berlaku maka celakalah diri.."

Kini aku semakin mengerti akan apa yang dimaksudkan beliau..tanpa diduga, aku ditimpa pelbagai ujian dan ianya datang secara bertubi-tubi..kereta ditimpa kemalangan, kunci kereta member yang dipinjam hilang, duit savings lenyap sekelip mata dan macam-macam la lg kalau nk mention, biar la aku sendiri yang tahu..mungkin ini balasan dari Allah atas dosa-dosa yang aku pernah buat samada secara sedar ataupun tidak..semua yang terjadi ade hikmahnya..dan aku bersyukur Allah masih menunjukkan kasih sayang-Nya terhadap aku dengan memberi ujian-ujian itu keatas diriku..setidak-tidaknya ia menyedarkan aku dan membuka mataku untuk mengimbau kembali akan dosa-dosa yang mungkin aku pernah lakukan..



Sedikit Footage (kereta aku yang accident) untuk mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan semua betapa Allah itu Maha Kuasa..rezeki yang diberiNya boleh ditarik bila-bila saja..janganlah kita terlalu bongkak dengan apa yang dimiliki..kerana sessungguhnya, ia bukanlah milik kita sepenuhnya, sebaliknya dipinjamkan oleh Allah untuk sementara waktu..






Oh Allah, guide my steps and don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way
~Insya Allah..ameen~



~Hidup ini indah jika kita indahkan~

2 comments:

Fauzan Abdullah said...

tak pe pino..sabar yer..betol tuh..

ade hikmahnyer..mane taw lps nie rezeki dtg mencurah2 pulak kan..

gud luck and chill out bro! :)

Pino said...

tu la..insya Allah..
thanx ojan! :)