Monday, March 8, 2010

Kemunculan Sulung

Mendapat giliran yang ketiga, kumpulan nasyid All For Ummah (AFU) akan melakukan kemunculan sulung di "Grand Final" MIS 2010 setelah dipilih antara 4 kumpulan terbaik ketika "Preliminary Round" yang berlangsung pada 27th Februari 2010 yang lalu..dengan membawa lagu "Padamu Selamanya" daripada kumpulan Saujana & "Impian" hasil ciptaan sendiri, diharapkan dapat membawa para pendengar kepada mesej yang ingin disampaikan..sejujurnya, menang atau kalah bukanlah kayu pengukur..yang ingin dilihat ialah para belia masa kini khususnya komuniti UTP tidak alpa & leka dengan arus dunia yang semakin mencabar..bersesuaian dengan tema MIS kali ini... "Muhasabah Menjana Keperibadian Ummah"

~Malam Inspirasi Seni (MIS) 2010~
UTP Chancellor Hall
9th March 2010
9.00pm

.. Jumpa anda disana :) ..


Lagu 1 - Padamu Selamanya

Sejenak .. ku imbasi kembali
Erti pelayaran usiaku
Ke timur ke barat
Dunia akhirat
Segalanya .. Ohh

Di tengah hangatnya kejahilan
Membakar hangus keimanan
Dan aku hanyut
Tiada berpaut
Layu sudah pedoman diriku

Kini bersendiri
Ku meniti hari
Ke kanan ke kiri
Ku menilai kembali

Jalan ku lalui
Dosa yang telah pergi
Walau tanpa ku sedari
Air mata membasahi

Terasakan ... terbuka
Kunci pintu hatiku
Timbullah ketenangan di jiwa yang keliru
Terurai kekusutan
Membaralah cinta
Milik-Mu Yang Esa
Selamanya...

Pada-Mu selamanya .. oh...
Selamanya...


Lagu 2 - Impian

Kebahagiaan bagai kasturi
Mengharumi hidup insani
Pencetus suasana hidup harmoni
Wahana redha Ilahi.

Kebahagiaan menjadi impian
Penyatu ummah peneguh wawasan
Hidup sejahtera penuh ketulusan
Jana kesyukuran semai keikhlasan

Luhur budi indah bahasa
Ikatan murni jalinan mesra
Agar Negara hidup sentosa
Diberkati Tuhan Yang Maha Esa

Quran Sunnah jadi pegangan
Untuk terus berganding tangan
Bagi mengharung segala rintangan
Hidup harmoni penuh ketenangan

Sahabatku marilah kita
Saling bersatu hapus sengketa
Jalinan murni terus dicipta
Moga tercapai segala cita-cita


~hidup ini indah jika kita indahkan~

0 comments: