Tradisi sememangnya susah untuk ditinggalkan..adakalanya kita mencuba sedaya upaya untuk mengelak daripada mengamalkan sesebuah tradisi dek kerana kononnya sudah lapuk ditelan zaman..ada yang berpendapat tradisi lama sudah tidak relevan..ada pula yang menganggap sesebuah tradisi itu, tidak kiralah lapuk ditelan zaman atau tidak haruslah dipelihara dan dijaga..Namun, apa yang penting ialah sesebuah tradisi itu sememangnya perlu dipertahankan..jikalau ia semakin ditelan zaman, tidak salah sekiranya kita mengolah sedikit tradisi tersebut agar bertepatan & beraliran dengan peredaran zaman..walaubagaimanapun, harus diingat bahawa olahan itu janganlah sehingga hilang terus nilai-nilai & asas tradisi tersebut..biarlah pengolahan itu menceriakan dan menghidupkan kembali tradisi itu bukannya menenggelamkan ia.
Begitulah juga hidup ini, adakala kita sangkakan kita telah meninggalkan sesuatu perkara yang pernah dilakukan dahulu..namun, dalam sedar tak sedar, perkara yang ditinggalkan itu sendiri yang akan kelak datang kembali..sebagai contoh, seorng insan pernah suatu ketika dulu suka menonton wayang sendirian..bila sahaja beliau rasa mahu menonton, pasti dia akan pergi ke TGV@KLCC tanpa ragu-ragu bila masa mengizinkan..suatu hari, seorang rakannya mengetahui perihalnya itu..lalu, rakannya itu mula memerli dan mentertawakan beliau..katanya, “bapak kesian ko ni! tgk wayang sorang2 je..mesti takde awek nak tengok dengan ko kan..hahahaha”..dengan sabar beliau menjawab, “biarlah takde awek pon, yang penting ak bahagia tgk sorang-sorang & yang penting tak mengganggu sesape”..rakannya itu lalu tertunduk & cuba menyesali apa yang diperkatakan sebentar tadi..kemudian, rakannya itu berkata, “ok la..lps ni kalau ko nak tgk wyg ajak la aku, aku akan teman..hehe”..mereka pun berpelukan dan airmata persahabatan mula mengalir.
Masa berlalu begitu pantas, dalam sedar tak sedar, insan yang dahulunya selalu menonton wayang sendirian, kini semakin lali menonton bersama teman-temannya..alangkah bahagianya hidup beliau ketika itu..sehinggalah…pada suatu ketika, beliau bercadang utk melihat sebuah movie yang berjudul “4 Destinasi Terakhir”..dengan kesungguhan yang ada padanya untuk merapatkan ukhwah & silaturrahim sesama rakan-rakannya, beliau mengajak mereka untuk menonton bersama..pada mula segalanya berjalan lancar..rancangan itu sudah semakin pasti akan berlaku..tiba-tiba, di hari yang dijanjikan, beberapa orang menarik diri atas sebab masing-masing..oleh kerana itu, rancangan itu terpaksa ditangguhkan ke minggu seterusnya..tibanya minggu seterusnya itu, sekali lagi rancangan terpaksa ditangguhkan atas sebab yang sama (ramai yang menarik diri disaat akhir) ..kini perasaan kecewa mula terdetik dihati insan tersebut, namun die masih lagi meletakkan harapan bahawa rancangan pasti berlaku di keesokan harinya.

Dihari kejadian..ketika insan tersebut begitu teruja untuk meneruskan rancangan menonton wayang bersama rakan-rakannya, tiba-tiba beliau mendapat khabar berita bahawa rancangan itu terpaksa dibatalkan sekali lagi atas alasan yang serupa juga..hancur remuk hatinya..sejak itu dia mula sedar, bahawa tradisi yang sudah lama ditinggalkannya dulu..rupa-rupanya sangat bermakna..tradisi menonton wayang sendirian itulah yang memberikannya kebahagian, ketenangan dan hilang sekejap daripada memikirkan segala masalah..walaupun beliau memahami, memang segala hal-hal rakan-rakannya itu tidak dapat dielakkan, namun beliau sedar sekurang-kurangnya jika mononton sendirian, ia tidak mengganggu mana-mana pihak & yang penting rancangan masih dapat diteruskan.. kini, beliau berazam untuk kembali meneruskan tradisinya itu.
~hidup ini indah jika kita indahkan~
2 comments:
sebak sungguh aku rasa tatkala membaca post kau kali ini. aku rasa sedikit bersalah namun begitu aku tetap tegelak-gelak. apapun, aku tetap bersetuju bahawa tradisi tengok wayang sorang-sorang itu tak patot di tinggalkan tetapi ia sepatotnya dipertahankan.
support pino from behind! :)
yeay!!..tq nawar for d support!..haha
Post a Comment